Our love

Daisypath Anniversary tickers

FirstSon

Lilypie Kids Birthday tickers

SecondSon

Lilypie Third Birthday tickers

ThirdSon

Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, January 26, 2011

Masalah Angin Semasa Mengandung

Nak share ni sbb sy tgh mengalami mslh ini..amik kat tenet..tapi lupa nak copy URL..

skrg mmg rasa sakit sgt kat ulu hati..ada satu hari tu..makan nasi tapi rasa macam telan benda yg sgt2 tajam bila lalu kat kerongkong..pastu pegi buat milo panas..mmg pedih la bila air panas tu lalu..igt boleh hilang..tp sbnrnya lg tak boleh minum air panas bila kena mcm ni..

minum air sejuk mmg sedap..tapi lps tu sy jadi cepat lelah..ok..mmg skrg tgh elakkan minum ais walaupun sgt sedap bila lalu di tekak yg sakit ni...nak sedawa tak nak kuar angin..try urut belakang..tapi org ckp jgn duk urut bdn sgt ms mengandung ni..hurm..mcm mana nak buat ye...


_______________________________________________________________

"Masalah angin perut semasa mengandung"

Masalah kejadian angin di dalam perut semasa mengandung adalah perkara biasa. Bila ini berlaku, anda akan merasa pedih ulu hati (hiatus hernia). Ini disebabkan oleh pengaliran cecair berasid dari dalam perut ke bahagian esophagus.

Kejadian ini selalunya menjadi semakin teruk bila usia kandungan meningkat. Walaupun begitu, ia tidaklah memberikan kesan buruk kepada bayi yang ada di dalam kandungan tersebut.

Bagi usia kandungan yang lebih daripada lima bulan, tekanan di dalam perut berlaku kerana pertumbuhan bayi yang semakin membesar. Tekanan (pressure) ini menyebabkan kandungan perut (cecair dsb) memasuki esophagus. Tambahan pula injap di antara perut dan esophagus (sphincter valve) yang selalunya menghalang perjalanan cecair dari perut ke esophagus ini tidak dapat berfungsi dengan cekap bagi wanita yang mengandung.

"Apa yang boleh dilakukan ?"

- Jangan ambil makanan dalam kuantiti yang banyak, terutamanya makanan yang digoreng atau yang banyak herba (spices) [yg ni mmg tgh cuba utk elakkan..nk kt mkn byk xde pn..nk mkn pedas pn skit2 je..]

- Jangan membongkok atau baring selepas makan.[yg ni ada buat kot..sbb tu makin sakit..cb elakkan..]

- Jangan pakai pakaian untuk wanita mengandung (maternity girdles) yang ketat.[yg ni mmg tak la kn..]

- Sekiranya ia sering berlaku pada waktu malam, ambil segelas air sebelum tidur. Anda juga sebaik-baiknya tidur dengan menaikkan sedikit bahagian atas badan anda (contohnya dengan meletakkan bantal di bahagian belakang).[dh try 2 3 mlm..tak jadik jgk..tp nk minum air byk2 pn tak suka sbb mlm2 msti terbangun gi toilet..lps gi toilet susah nak tido blk..]

- Sekiranya langkah-langkah di atas tidak juga berjaya, anda bolehlah mengambil antasid yang boleh diperolehi dari farmasi. Ia selamat digunakan untuk wanita yang mengandung.[nk try cari antasid kat farmasi..hr tu dh amik kat klinik..tp tak jln jgk..]

_________________________________________________________________________________

*bukan nak mengeluh..tapi mmg sakit sgt2 kat esophagus ni..nak makan pun tak lalu...cian baby kalu sy tak makan..=(


~mrs.Hisham~

3 comments:

  1. alaa jiha.. sian awak.. sabar ye, moga semua tu Allah titipkan dengan pahala...

    kita punya countdown lg 60 days... aaa..takut la.. doakan kita jgk eh..!

    x sabar nk tgk baby jiha.. bleh jadi kwn nnti ye..

    t.care alwiz.. teruskan jaga kesihatan, sikit je lg.. it will be over sooooonn... pastu dh ada bby bleh cuti pnjg kan.. ngeh3..

    keep in touch! :)

    ReplyDelete
  2. salam Jiha...
    eh ko da try g check kat doctor x?
    aritu ak pun kena benda yg sama.. sbb ko tau kan aku nie berangin satu badan...
    pastu g jmp doc dia ckp ak kena gastrik... memula ak cam confius gak tp lps dia explain yg gastrik x semestinya kat perut so aku accept la..
    tp lepas abis sumer ubat doc tu still sakit..
    so ayah aku cakap jgn mkn benda berangin, cam buah langsat(buah nie la puncanya tuk ak la), pulut n so on..
    after that ak telan gaviscon 2-4 hari...skng ni da ok..
    tp ak rs ko kena consult doc la.. coz ko pregnant..

    eh ko da bawa keta g opis every saturday eh?

    ps: pnjg lak cmmt ak nie.. hhhehe..

    ReplyDelete
  3. miha:
    insyaAllah..mgkn x jg mkn kot..
    hehehe..msuk minggu 30 ni dh start berdebar2 pkr nk bersalin..pstu dh rs mcm nk rushing siapkn seme brg baby..oh..xsbr jgk nk tgk baby miha nnti..baby boy eh??sy pnya blm confirm lg..hehehe..
    miha pn take care ye..semoga Allah permudahkn segala urusan miha nnti..

    mun:
    aku mmg ada sejarah gastrik..sbb tu doktor kt bleh kena mcm ni..sbb sblm ni aku duk pkr apa yg x kena sgt ni..sakit semcm..takut la luka ke apa..tp bila google dpt info ni br la rs mcm lega skit..sbb dh tau kena apa..
    hr tu doktor ada bg ubat gak..tp aku mkn xbyk sbb risau baby..tu yg igt nk kena g jmpa doktor semula..
    aku xde drive smpai ampang pn..hehehe..blm ada keyakinan nk lalu jln ampang yg berbukit ni..aku drive smpai lrt sri petaling je..parking stu naik lrt gak g ampang...hehehehe..

    ReplyDelete