Assalamualaikum
entry ni patut dah lama ditaip...tapi selalu tak sempat nak bukak tenet dan duk depan komputer lama-lama..so hari ni nak share mcm mane kisahnya kaki haziq dapat simen...
3hb Februari 2013 - hari ahad baba haziq tak de kat umah...ikut kawan-kawan panjat bukit...hobi my hubby..so tak kisah pun..sebab my hubby panjat bukit pagi2 hari lagi dia gerak...dia janji tengahari dia balik...tak pe la...bukan ada apa masalah pun...so pagi2 tu layan la haziq duk main...hari ahad ni just lepak kat umah je...haziq sgt seronok main lari2...dan tengok gambar animals 3D...kertas 3D ni patut lekat kat dinding...tapi just simpan bawah kerusi...sebab umah ni nak tebuk paku tak tau kat mana yang sesuai..haziq pulak mmg suka sgt tgk gambar 3D animals tu....bila dia nak dia just tarik keluar bawah kerusi panjang tu....
lepas dia tengok gambar tu...dia main lari2...masa tgh layan dia main lari2 tu...dia terpijak kertas 3D animals tu....dan "bukkk" jatuh...sy pikir mcm jatuh bese je...so sy cuma ckp "haziq bangun la.." tapi bila dia try utk bangun dia dah start menangis kuat2...masa ni mmg blur sbb baba dia tak de kat umah...terus angkat dia bangun dan tengok kaki..bila nak sentuh kaki je haziq menangis...dah rasa mungkin kaki terseliuh kot...sy amik minyak angin dan cuba urut perlahan-lahan...masa ni dia menangis kuat sambil ckp "sakit!!"..
terus call my hubby tanya dah turun bukit belum...anak jatuh kaki terseliuh...terus la dia bergegas balik...masa tu sy dah bagi haziq tido...bila baba balik urut sikit2 kaki dah bengkak tu...kami mmg tak kenal orang yang pandai mengurut kat kawasan tu...so just urut dengan harapan boleh hilang kan seliuh tu...
4hb Februari 2013-malam tadi haziq hanya tido lena dalam buai...sbb kaki tu tak boleh banyak pergerakkan..pagi2 lagi sy bersiap nak pegi sekolah dan pikir kaki haziq dah oke..tapi bila tgk haziq dlm buai kaki dia dah makin bengkak..so bagitau my hubby dan dia suruh bersiap pegi hospital...bila pegi hospital..tunggu doktor check...doktor try urut dan pegang...dia menangis sbb sakit...kebetulan hari Isnin doktor pakar tulang mmg ada...so terus dpt permission jumpa doktor pakar...dan doktor mintak x-ray kaki haziq because risau tulang kaki terlari...after x-ray jumpa kesan retak sebelah kaki kiri....
so doktor terus recommend utk simen kaki haziq...masa ni tak pikir apa dah...just setuju sbb doktor kata kalu tak simen...bila rasa sakit dah reda dia akan berlari lagi takut bertambah retak...kaki kena simen utk bagi kaki tu rehat...bila call family seme ckp kenapa tak cari org utk urut je...kesian la kecik2 dah kena simen...yes!!mmg pikir betul...tpi risau jgk retak bertambah teruk lagi susah...so tunggu la procedur nak kena simen...masa ni air mata mama laju je....tak boleh stop tengok anak tak boleh susu atau makan before kena simen sbb nak bagi ubat tido takut muntah...masa bagi makan ubat tido haziq dah mamai nak tido...air mata ni tak usah cakap la...mcm air hujan lebat...sedih sgt2 tgk anak kena mcm tu...
last..bila dah siap simen...haziq dah tak menangis bila sentuh kaki dia..sbb kaki dah simen tak rasa apa2...kalu tak..angkat sikit je dah menangis...sedih tgk dia diam je tgk kaki simen...pastu siap suuruh mama buka lagi simen tu...aduh mmg hancur luluh hati tgk anak mintak simen tu dibuka..doktor pesan simen kaki tak boleh kena air...takut nanti gatal...mcm mana nak basuh berak anak ni...mcm mana nak mandikan anak ni...last2 mama kena think out of the box...pikir cara utk mandi dan basuh berak anak tanpa basahkan simen kaki...[susah sikit dan sakit pinggang]....
ni dah sampai umah...tersenyum sbb kaki tak rasa sakit...cuma kena duk diam2 tak boleh gerak sbb ada simen...so duk je atas kerusi tu diam2...nak apa2 mintak ngn mama atau baba..."mama...nak tu"..."oke..".."mama...nak air"..."oke.."..=)
dapat idea utk letak atas basikal haziq ni utk bagi dia bergerak...mmg bertuah nenek bagi basikal ni dah jadi kerusi roda sementara haziq...terima kasih nenek...so haziq nak bergerak boleh naik basikal ni...ikut mama pegi mana2..pegi dapur...masuk bilik...mama solat...kalu tak naik basikal hanya boleh mengengsot je...sedih hati mama tgk haziq susah nak bergerak tau..
bawak haziq jalan2 pegi library di shah alam..sgt cantik la llibrary ni....so mama ngn baba hanya dukung je haziq ke mana-mana...masa ni mama rindu sgt nak sarungkan haziq shoes dan berjalan bersama-sama dalam library ni....tak pe la...next time kita pegi lagi ye....
akhirnya 4hb Mac 2013- tengah tunggu doktor utk buka simen...Alhamdulillah....retak dah tak de...tulang baru dah tumbuh...simen pun dah terkoyak kat bahagian bawah tu sebab 2 minggu sebelum tarikh buka simen...haziq dah pandai berjalan dengan kaki bersimen...anak mama sgt bersemangat utk berjalan dan berlari...abis kotor simen kat bawah kaki tu sebab haziq sgt seronok dpt mengheret kaki bersimen tu...sampai busuk simen tu sbb kena air..
kaki dah buka simen...tapi haziq masih belum boleh berjalan dengan betul mungkin dah terbiasa dengan berjalan masa kaki ada simen...so skrg mama tgh tunggu utk bawak haziq berurut kat orang dalam kampung ni...tapi kena tunggu baba balik dari kedah dulu....erm..semoga haziq cepat sembuh dan boleh berjalan dan berlari seperti biasa...
haziq...
mama dan baba syg sangat kat haziq...semoga haziq boleh berjalan seperti biasa tak lama lagi....kan haziq good boy...nanti kita boleh pegi jalan2...cuma haziq kena jalan dgn betul2 tanpa seret kaki haziq tu dgn shoes haziq oke..
p/s: rindu kat baba haziq...bosan duk umah berdua dengan haziq je tanpa dengar suara baba...=( but at least haziq ada teman mama kat umah..baba jgn risau...kami seme baik2 saja...
wassalam
~mrs.Hisham & ummu Haziq~









As Salam Jihah..
ReplyDeletekesiannya haziq kecik2 dah kena simen..tp kalau tengok semua gmbr2 die macam hepi je..comel lak tu..muka memang sebijik ikut mak die..hehe