Our love

Daisypath Anniversary tickers

FirstSon

Lilypie Kids Birthday tickers

SecondSon

Lilypie Third Birthday tickers

ThirdSon

Lilypie Second Birthday tickers

Friday, September 14, 2012

Pengalaman tayar pancit


Assalamualaikum..

hari ni sy mengalamai satu pengalaman yang agak mencemaskan..kena pulak hari ni tayar kereta pancit kot..masa keluar rumah pagi tadi, bawak kereta dah rasa mcm lain tau..rasa macam tayar tak de angin..so sy amik keputusan untuk isi angin..tapi bukan stesen minyak dekat dgn umah..tapi stesen minyak kat rnr highway..

tengok jam masih awal lagi ni..jam masa tu baru 6.45 pagi..sempat la nak sampai sekolah awal hari ni...sy pun pegi la isi angin kereta dulu..isi angin kereta ni hubby dah bagitau 210 kpa..masa isi angin tayar depan..angin cuma berkurang dalam 180-190 sahaja..tapi bila sy pegi tayar belakang sebelah pemandu..nampak mcm kempis dah..so bila nak isi tu.tengok angin kurang sampai 54 kpa..masa ni dah gabra dah..tapi relax je..mungkin angin kurang sgt kot..

bila dah isi cukup 210 kpa..sy pun start enjin kete nak gerak..tapi rasa mcm tak sedap hati..turun semula try isi angin tayar tadi balik..kali ni datang mat bangla yang keje situ.dia igt sy tak reti isi angin kete..so dia pun amik pam tu tolong isikan angin..dah kurang jadi 200 kpa semula..isk..kenapa mcm cepat je angin kurang..tapi tak try kat tayar lain pun..ok dah rasa tak confident nak bawak kete..nak pegi sekolah jauh lagi ni..nanti jadi apa2 tgh jalan mcm mana..(nauzubillah)..

terus call hubby kat umah..masa ni dah pukul 7 pagi..tak pe la..sempat lagi nak sampai sekolah ni..bila dah call, cite dgn hubby..terus dia ckp tukar la tayar tu..mintak sapa2 yang ada kat situ mintak tlg..itu pun sy berkeras lg kata tak pe la..ok kot..tapi bila hubby dah marah sy pun pegi la panggil mat bangla td..masa sy bagitau mintak tolong tukar tayar..dia mcm blur..dia ckp dia dah isi angin cukup kat tayar tu..sy ckp la nak mintak tlg tukar sambil buka bonet..pastu baru la dia paham..dah siap tukar dah lambat..

bagitau guru besar lambat sampai sekolah sbb tayar pancit..so tadi pegi sekolah dengan tayar spare..nasib sempat sampai before 8 pagi..muka mmg stress tak boleh nak cover langsung..mmg stress la..duk fikir macam mana nak balik ni..selamat ke tak sy ni guna tayar spare..so balik tengahari tadi bawak kete laju tak boleh lebih 80km/j..memang slow la..dalam hati duk fkir bila la sy boleh sampai umah ni..hehe..agak lawak la sbb selalu bawak pintas semua lori..hari ni kena bawak belakang lori slow je..hehehe..

so mmg hari ni satu pengalaman..kalu tak jadi mcm ni tak tau nak buat mcm mana..sampai ada yang tanya.."eh,pandainya isi angin kereta"..bagi sy perempuan mmg perlu belajar mcm mana nak isi minyak dan angin kereta kalu dah bawak kete tu..tima kasih kat hubby sebab paksa sy belajar semua ni..even dulu selalu mengelak bila hubby suruh isi angin kereta...tapi bila dah jadi macam ni..sebenarnya pandai isi angin mmg penting untuk perempuan jugak..tapi nak suruh sy tukar tayar kete..sori la kot.tak kuat mcm mana nak ketatkan dan buka skru tayar tu..huhu..

semoga pengalaman hari ni memberi sesuatu utk sy belajar..so bila dah jadi macam ni jangan panik kot..try cool down even dalam hati dah gelabah mcm nak rak..hehe..

wassalam

1 comment:

  1. hehe..naseb baek semua selamat..syaz lesen pon x de..mcm mane la nk bwk dngn isi angin kete..

    ReplyDelete