Assalamualaikum
4.11.11 = haziq dah tujuh bulan..
ni haziq hari ni..haziq dah nampak ada barang kat atas meja laptop..seme nak tarik..dulu main bawah meja je...tarik wayar kat bawah...sekarang dah nampak mouse warna pink tu untuk masuk mulut..
sebenarnya haziq demam..semalam start demam selsema..hari ni alhamdulillah dah nampak segar dan cergas nak main..semalam duk setempat je..tak larat nak menjulur..hari ni dah laju semula..alhamdulillah..haziq dah sihat..panas badan pun dah kurang..
bila anak demam..mama dan baba la yang paling risau sekali..yela tgk anak tak sihat..dgn hidung selsema lagi...nak tido pun tak lena..pastu duk nangis nak tido lama tak boleh..yela tak selesa badan panas..hidung banyak air lagi...pegi klinik jgk check..tapi sy tak nak bagi haziq makan ubat..boleh tak??sbb rasa tak nak ajar depend pada ubat kecik2 ni..hari tu nurse ada cakap..kalu anak tak sampai setahun lagi..jangan la ajar makan ubat dulu..sbb masa kecik ni la nak bagi antibodi dia develop sendiri..betul tak???erm..sy jadi tak tau nak buat apa..hubby suruh bagi makan ubat..tak kesian kat anak ke tak sihat..tapi sy berkeras tak nak bagi anak makan ubat...sy percaya dia boleh sembuh dgn baik..lagi pun ubat selsema & batuk tu boleh menyebabkan mengantuk..bukan ke tak elok untuk otak..tak tau la..[ni pendapat sy je k..kalu ada yg rasa tak pe nak bagi makan ubat..bagi la]
****updated: sy baru baca blog..sy tak igt nama dia..jadi silent reader je..dia tulis dlm blog tentang ubat batuk dan selsema..dia cite pasal dia sembang dgn doktor kanak-kanak..tidak digalakkan untuk bagi anak bawah umur 2 tahun untuk makan ubat selsema & batuk..walaupun doktor yang rawat cakap itu adalah dos yang dibenarkan...kedua-dua ubat ni akan menyebabkan anak mengantuk..so effect dia pada otak anak..then kesan yang akan timbul adalah..bila anak dah start sekolah nanti...tumpuan dia pada apa yang cikgu ajar kat depan adalah selama 15 minit sahaja..selepas itu otak dia akan mula menerawang ke arah lain..maksudnya anak tak boleh fokus dalam kelas...[ohhh..Alahmdulillah belum bagi haziq makan ubat selsema tu..semalam masa dah letih sgt tgk haziq nangis..igt nak bagi...tapi bersabar dulu nak tgk hari ni macam mana]...tima kasih kepada penulis blog [Hanie]...maaf tak tau nak buat link mcm mana...***
apa yang sy buat untuk kurangkan panas badan..sapu air kat kepala, leher & ketiak anak setiap masa..pastu amik kain basah lap2 kat area yang sama..mak sy cakap kena buka baju bagi haba kuar seme...stail hubby plk masa ni la nak kena pakai baju & selimut tebal2..sbb nak bagi berpeluh..mana2 la..kita buat je..hehe..pastu hubby akan sapu minyak yuyee kat dada, perut dan belakang haziq..nampak berkesan untuk selsema..dia selesa je..hehe..masa mandi kena basuh kaki dulu...basuh lama2 bagi sejuk dan haba kuar..jgn terus siram kat kepala masa anak demam..jirus air dari kaki baru naik skit2 ke badan dan last kepala..org tua2 ckp kalu terus jirus kepala nanti terkejut anak yg tgh panas..masa awal2 pagi sy mandikan jgk haziq dgn air suam..pastu mandi air sejuk biasa..
waktu tido malam la agak mencabar skit..sama2 la berjaga dgn dia tak senang nak tido..tido pun nak sy peluk..nak tido atas pangkuan..nak dodoi2...nak tido atas mama...erm..tak pe la bersusah skit jaga anak tak sihat..skrg haziq dah tak nak bagi sy letak kain basah kat kepala..bukan main dia nangis tak nak..hehe..sy letak cool fever je..haziq ok..tak de nak cabut..Alhamdulillah skrg dah tak panas badan haziq..ni pun dah boleh tido lena tu..semoga cepat sembuh haziq sayang..=) esok kita nak balik umah nenek plk..haziq kena sihat cepat2 k...=)
budak tecik bambam baru baik demam..
adik sy nak pegi sambut raya haji kat Kemboja..jeles weh..masa sy study dulu tak penah dpt pegi jalan2 mcm dia ni..hari tu pegi Pulau Redang la..ni nak pegi Kemboja plk..berjalan saja..hehe..apa2 pun jangan lupa buah tangan utk sy ye..hahaha..InsyaAllah esok nak gerak balik ke Kuantan..sebelum tu hantar adik sy naik flight dulu..balik raya Haji ni pun sebab adik lelaki sy tu nak buat aqiqah untuk anak dia..so kena la balik tolong apa yang patut kan..
to all..
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA..
wassalam
~mrs.Hisham & ummu Haziq~




No comments:
Post a Comment