Our love

Daisypath Anniversary tickers

FirstSon

Lilypie Kids Birthday tickers

SecondSon

Lilypie Third Birthday tickers

ThirdSon

Lilypie Second Birthday tickers

Monday, October 24, 2011

6 months & 2 weeks

Assalamualaikum

hari ni haziq dah masuk 6 bulan 2 minggu 6 hari...blm update lagi progress haziq 6 bln...utk review nnti..alhamdulillah...progress 6 months..
* dah start menjulur ke depan...laju je mencapai barang kat depan..
* dah jumpa ibu jari kaki utk dihisap...[haziq...nak adik tunggu dulu eh...=P]..slalu mama tarik tak nak bagi haziq isap..hehehe..
* dah jumpa jln cari mama kat dapur...nangis kena tinggal kat ruang tamu...pastu menjulur cari mama...jumpa mama kat dapur...senyum sbb dah berjaya jumpa mama..
* dah mula pandang benda lain selain toys dia..lebih berminat dgn plastik & kertas...boleh jumpa benda kecik di lantai seperti sehelai rambut mama, duit syiling..suka dgn remote tv, henset dan kunci umah...
* dah jumpa pampers utk ditarik sampai terbuka...time nak pakai pampers pun dah jadi susah skit..sbb nak pusing..tangan nak cabut pampers...
* dah kenal mama & baba...lebih nak pegi dgn mama...bila nangis hulur tangan terus nak pegi kat mama..bila nangis kuat..bunyi kat mulut.."maaaaaa"..[mama yang perasan...=P]
* bila dah cukup tido..bangun tido dengan senyuman dan terus meniarap...dan menjulur nak tarik barang kat atas tilam..
* dah paham apa yang mama ckp..."haziq nak susu"...ehekk..ehekkk..[bunyi manja nak susu]..=)
* "haziq...sayang mama"...hulur tangan pegang muka mama...hulur mulut nganga kat hidung mama..=P
* dah boleh imbang pinggang bila dah letak duduk start ajar duduk hari tu..(entry lps)
* suka sgt bila mama letak atas riba tunjuk gmbr kat buku...tapi lepas tu tarik buku masuk mulut...
* dah ada waktu tido yang tetap..mksudnya mama dah start bleh adjust waktu tido dgn betul...[mama yg dah start blaja]
* bila haziq duk senyap je...tak de bunyi nak nangis suruh amik walaupun mama duk kat dapur/bilik air...maknanya adalah yang tak kena...=P contohnya..haziq yak-yak..haziq jumpa tikar getah terbuka...haziq tgh nak makan kertas..=P
* dah start makan bubur nasi, cerelac dan milna...bubur nasi (beras + carrot/brokoli/kentang+ ikan bilis/ayam) = blend sampai halus...cerelac (beras + susu)..milna (biskut + air panas + susu)
* minum air masak byk dgn cawan
* nangis bila dah start jumpa org lain selain mama & baba...mgkn selalu kat umah..hanya nmpk muka mama & baba...bila ada org lain takut..sampai atuk ckp haziq bdn besar tapi jiwa kecik...(sedihnya mama)
* suka menjerit...=)
*** berat = 8.7kg...ada yang ckp haziq dah nmpk kurus skit..yeke???

haziq & basikal sarah

haziq & aktiviti kegemarannya

haziq & new progress

haziq & mama

# lain baby lain development..ni catatan progress haziq...mgkn tak sama mcm baby yang lain..contohnya..sepupu haziq dah boleh imbang pinggang dan meniarap lebih awal dari haziq...=) harap maklum..



~mrs.Hisham & ummu Haziq~

2 comments:

  1. seronok tgk Haziq pun membesar sihat.. :)

    byk Haziq makan, bgs la dia x memilih... Arsyad pun alhamdulillah x memilih mkn, sume okkk..masuk mulut! hehee

    ReplyDelete
  2. hehe...miha, arsyad pun apa kurangnya...membesar dgn sihat dgn pemantauan umminya 24 jam..hehehe...

    alhamdulillah..semoga anak-anak kita ni membesar dgn sihat dan menjadi insan yg soleh..amin..

    ReplyDelete