Our love

Daisypath Anniversary tickers

FirstSon

Lilypie Kids Birthday tickers

SecondSon

Lilypie Third Birthday tickers

ThirdSon

Lilypie Second Birthday tickers

Monday, March 7, 2011

tanda-tanda nak bersalin

smlm perut rs sakit..sakit mcm period nak dtg..skit2 je..tak de teruk sgt..tp dah lama tak rasa..mengalir air mata jgk..time tu hubby tak de kat umah..so pesan kat baby jgn la kuar dulu..blm cukup ms lagi..baby mcm paham..lps tu sakit tu ansur-ansur hilang..hari ni pun ada rasa sakit mcm tu lg..kalu yang dtg period ada rasa sengugut je bleh rasa sakit ni...mmg serba tak kena..hari ni google tanda-tanda hampir bersalin...

kredit to: hamil.mustaffa.org

Bayi Turun Ke Bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:

  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan [yang ni tak de rasa lg kot]
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing [yang ni mmg dah semakin kerap..minum skit je pn dah rasa nak pegi toilet tak bleh tahan]
  • sakit perut, memulas [yang ni nak kata memulas tak..cuma perut dia mcm ada rama-rama dlm perut]
  • kerap buang air besar [yang ni pun bleh dikatakan ye]
  • kerap terkentut [yang ni no komen]
-seme dah start rasa..baby dah turun bawah ke??sbb masih rasa lagi baby duk mengeras kat atas ni..hurm..

Keluar Lendir Pekat/Berdarah
Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis. Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

Sakit Belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda. Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi. Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda. Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

-sakit belakang ni mmg memanjang dah sejak masuk minggu 30..tapi sakit pinggang dah start kurang sejak pegi betulkan kedudukan baby hari tu..tapi jgn la percaya sgt kan..cuma tok sy ckp betul la tok bidan tu dah betulkan kedudukan..sbb sakit pinggang tu jadi sbb baby duk bertumbuk tang belakang tu..ok..baik tok..

-sakit belakang akan menjadi-jadi bila tersalah pakai bra ketat..[oppppss..sori tersensored jap]..pastu akan terjadi bila banyak sgt berjalan dan baring atas karpet depan tv...

Pecah Air Ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

hari ni dah masuk 36 minggu...dah start berdebar-debar..sbb setiap kali perut memulas pn dah terpikir nak bersalin..seme sakit skit2 pn dah pikir nak bersalin..huhuhu..hari tu sampai mimpi sy bersalin awal..tapi tak sakit nak push sbb tgh tahan tunggu hubby datang..hikhik..bleh plak mcm tu..hurm..

p/s: hari ni bleh terpikir nasi kenduri masa kawin hari tu..=)


~mrs.Hisham~

3 comments:

  1. Dear Jiha,
    this morning I saw you berjalan from lrt to bas station... looks like sangat payah.. suddenlly remember my mom...huhuhu... mcm tu ke dulu bila my mom pregnant tuk I... hurmm... thanks coz make me remember who is important to me..

    I wish you will deliver your baby dlm keadaan selamat dan sempurna...

    but just a reminder for you and me... baby umpama kain putih waktu dilahirkan, maka menjadi tanggungjawab Ibu-Bapa untuk mencorakkannya menjadi insan yang mulia disisi Allah SWT...
    Aku doakan you n your hubby akan jadi ibu bapa yang sempurna untuk anak2 kamu nanti... Sungguh bahagia kan kerana diberi peluang oleh Allah untuk menjadi ibu...
    ok that all... Aku Doakan kamu selamat semuanya...K...take care..jalan baik2...ye...

    ReplyDelete
  2. mun...thanks..

    sori x perasan ko kat LRT..skrg jln dh x bleh laju2..nk kejar bas pn x dpt dh..dl bleh lg nk lari2 anak..skrg bila hujan pn kena jln je slow2 smpai basah..hehehe..

    bila dh rs sndr mcm ni br terasa betapa besarnya pengorbanan mak ayah dl..mak bwk perut mcm ni..sm2 la kita hargai parents kita..

    insyaAllah...tima kasih atas doa ko tu..ko pn take care ye..lps ni dh susah aku nk dtg Ampang nk ajak ko kuar..hehehe..x tau lg bila nk kuar ngn ko..ada rezeki nnti aku roger2 ye..

    slmt belaja memasak dgn peti ais baru..hehehe..

    ReplyDelete
  3. uuuuuuhuhuuu... takuuutttt!!!!!!!!!!

    ReplyDelete